0

Jenis-jenis Mati yang Baik

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Mengetahui ada menzahirkan tanda-tanda husnul khaa-timah keatas hamba-hambaNya yang beriman, berbuat kebajikan dan beramal soleh sebelum meninggalkan dunia ini. Tanda-tanda ini merupakan suatu kemuliaan daripada Allah SWT kepada simati sebagai sebahagian dari limpah kurniaNya keatas hamba-hambaNya yang beriman.

Juga sebagai khabar gembira kepada keluarga simati bahawa orang tersayang yang telah kembali bertemu Penciptanya dikurniakan "tanda kebaikan" dalam kesudahan terakhir dari kehidupannya di dunia ini.


Perlu diperjelaskan bahawa jika sekiranya salah satu dari tanda-tanda husnul khaa-timah ini diperolehi oleh orang kafir maka ia adalah secara kebetulan semata-mata. Ini kerana tanda-tanda ini terlalu "mahal harganya" untuk dimiliki oleh mereka yang kufur kepadaNya.

Tanda-tanda tersebut ialah:

Pertama: Dapat mengucap syahadah ketika hampir mati. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Haa-kim:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ " لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ" دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya لا إله إلا الله ia dapat masuk syuga.

Kedua: Mati dalam keadaan percikan peluh didahi. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi.

Ketiga: Mati pada siang atau malam Jumaat. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Maksudnya: Mana-mana orang Islam yang mati pada siang hari Jumaat atau malam Jumaat nescaya Allah menyelamatkannya dari fitnah (soal dan azab) kubur.

Keempat: Mati syahid dimedan perang fisabilillah (pada jalan Allah). Firman Allah SWT didalam Surah Aalu 'Imran ayat 169-171:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ{169} فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ {170} يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ{171}

Maksudnya: Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul mereka bahawa tiada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

Kelima: Mati didalam perjuangan fisabilillah (kerana menegakkan Agama Allah). Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Muslim, Ibnu Maa-jah:

مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (dimedan perang) maka ia mati syahid dan barangsiapa yang mati pada jalan Allah maka ia mati syahid.
Keenam: Mati kerana sakit taun.
Ketujuh: Mati lemas.
Kelapan: Mati sakit paru-paru.
Kesembilan: Mati kerana sakit perut.
Kesepuluh: Mati terbakar.
Kesebelas: Mati dihempap benda keras.
Keduabelas: Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Maa-lik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa-i, Ibnu Hibbaa-n:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيْلِ اللهِ: الْمَطْعُوْنُ شَهِيْدٌ وَاْلغَرِقُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ اْلجَنْبِ شَهِيْدٌ وَالْمَبْطُوْنُ شَهِيْدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيْقِ شَهِيْدٌ وَالَّذِي يَمُوْتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيْدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوْتُ بِجُمْعٍ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Orang yang mati syahid selain mati terbunuh pada jalan Allah (di medan perang) ada tujuh:

1) Mati sakit taun adalah syahid.
2) Mati lemas adalah syahid.
3) Mati sakit paru-paru adalah syahid.
4) Mati sakit perut adalah syahid.
5) Mati terbakar adalah syahid.
6) Mati dihempap benda keras adalah syahid.
7) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya adalah syahid.


Keterangan: Mati syahid terbahagi tiga:
1) Syahid dunia dan akhirat (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang menentang orang-orang kafir).
2) Syahid dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas - seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang - atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3) Syahid akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medanperang menentang orang-orang kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW seperti mati kerana sakit taun dan lain-lain di atas).

Bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan dan diakhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang-orang yang mati syahid – yakni pahala syahid dunia dan akhirat – (Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim Jilid 7 mukasurat 72 cetakan Darul Hadith Al-Qaherah, cetakan pertama 1994 M – 1415 H).

Ketigabelas: Mati kerana penyakit batuk kering. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat at-Thobaraa-ni:

..........وَالسِّلُ شَهَادَةٌ

Maksudnya: Dan mati kerana penyakit batuk kering adalah syahid.......
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri
Daftar Rujukan:
1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Kitab-kitab Hadith yang disebut periwayatannya diatas.
3) Syarah Soheh Muslim, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.
4) Ahkam al-Janaa-iz, Muhammad Naa-siruddin al-Albaa-ni.

Credit to :  http://assabil2.blogspot.com hasil nukilan  Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri 

Kadang2 bunyinya pelik...tp itulah kebenarannya..kita tak tau mcm mana cara mati kita kelak...tarikh kematian kita juga dirahsiakan...so, perbanyakkanlah beribadat, bersedakah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...krn semua umat Islam mahukan syafaatnya...

p/s: post kali nih adalah sambungan dri post sblum ni...:D

Read more...
2

Tanda-tanda Matinya Orang yang Beriman




Belum pasti lagi keadaan kita diambang sakaratul maut.

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.
(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.
2) air matanya berlinang.
3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat.
"

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Saya pernah saksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

"Saya sendiri telah menyaksikan saat-saat kematian seseorang yang mempunyai tanda-tanda orang beriman menghadap Tuhannya. Peluh memercik membasahi dahi walaupun sekujur tubuh dingin membeku. Apabila peluh itu diusap, ianya tetap terus keluar dan membasahi dahi sehinggalah roh beliau meninggalkan jasadnya. Di saat telah menjadi mayatpun, dahinya masih lagi berpeluh-peluh membasahi selindang ibunya yang menutupi wajah Allahyarham. Kelopak matanya turut berlinang airmata. MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang. Itulah arwah bapaku yang dicintai, Allahyarham Mohd Noor bin Abu Bakar yang terlibat kemalangan, menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat, Februari 1991. Ayat-ayat Quran adalah kalimat-kalimat terakhir sebelum koma. Pemergian beliau 19 tahun dahulu menjadi kenangan terindah yang tidak dapat kulupakan sampai bila-bila. Bagaimana pula keadaan kita nanti di saat nyawa dicabut ? Allahuaklam. Belum pasti lagi...."

p/s: dan kalau x silap, mati dlm keadaan senyum bukan tanda2 matinya org yg beriman...(maaf kalau ade yg sensitif, tp ini ape yg telah saya pelajari)


Read more...
0

Multimedia : Cara Jimatkan Bateri Lappy Korang


Kali ni aku nk cite pasal care2 jimatan bateri laptop korang. Kita semua sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Jika korang ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.


  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.


p/s: tp utk laptop bru takde masalah rsenye...sbb 'bende2' dah di installkan application2 tertentu yg tahu kawal kadar penggunaan 'karen'


Read more...

Multimedia : Review Software Ultrasurf



Okay, off topic jap...kali nih aku nk bawak satu software yg agak bagus(agak je lah)...iaitu Ultrasurf. Software ni gunanya tuk 'bypass' laman2 web yg disekat contohnya Facebook, YouTube dan sebagainya. Bypass ni maksudnye ialah korang bleh layari internet tanpa sekatan. Haaa...paham kan? Software ni 'free of charges'...so x yah nk risau lah kot....sbb rakyat M'sia mmg ske bende2 free nih...hahaha...lagipun aku dah pkai application nih dkt 3 tahun dah...:)

Link : Download

Gud luck!... :D

Read more...
0

10 Tanda-tanda Hati Yang Mati



Ai, tazkirah lagi??....heheh....nasihat2 nih bes kot....ok kita teruskan. Dalam kehidupan seharian kita ni,kadang2 kita tak sedar betapa bongkaknya kita menilai diri kita sendiri, seolah-olah kita sudah atau telah menjadi seorang Muslim sejati.

Al Hujjatul Islam Al Imam Ghazali Rahimahullahu’Anhu, telah memberikan gambaran kepada kita sekalian tentang perkara bagaimana kedudukan kita sebenarnya,terutama yang berkaitan dengan “HATI”. Sebagaimana maksud sabda Baginda Nabi Muhammad SAW,yang berikut:

“Ketahuilah, sungguh pada tubuh itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahwa ia adalah hati”                                       (Shahih Bukhari)

Then, kat bawah ni pulak ialah contoh2 hati yang MATI, semoga kalian semua tak tergolong dalam kelompok berikut seterusnya menjadi peringatan, amin:
  1. Kita mempercayai Allah Subhana Wa Ta’ala namun kita tidak mematuhi perintah-Nya.
  2. Kita mengatakan bahwa kita cinta Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam namun kita tidak mengikuti sunnah Beliau, bahkan terkadang sangat jauh dari kehidupan yg dicontohkan beliau.
  3. Kita membaca Al-Qur’an namun kita tidak mempraktekkan nilai-nilai didalamnya.
  4. Kita menikmati semua pemberian Allah Subhana Wa Ta’ala namun kita tidak mensyukuri nya.
  5. Kita tahu bahwa setan adalah musuh kita namun kita tidak melawannya, sebagian yang lain malah memilih setan sebagai teman.
  6. Kita ingin masuk surga namun kita tidak berusaha dengan sungguh – sungguh untuk memasukinya, bahkan cenderung menjauhinya melalui sikapnya.
  7. Kita tidak ingin dilempar dalam api neraka namun kita tidak berusaha dengan sungguh untuk menghindarinya (misal dengan berbuat baik).
  8. Kita percaya bahwa tiap makhluk hidup pasti akan mati namun kita tidak pernah menyiapkan diri menghadapi kematian tersebut.
  9. Kita sibuk bergosip membicarakan orang lain dan mencari tahu kekurangan mereka namun kita lupa akan kesalahan dan kekurangan kita sendiri.
  10. Kita ikut menguburkan yang mati namun kita tidak mengambil pelajaran dari yang sudah mati itu.

Semoga dengan ilmu yang sedikit ini, kita diberi kemampuan untuk memperbaiki dan meningkatkan keimanan kita dalam beribadah kepada ALLAH s.w.t

Maksud firman Allah s.w.t:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran, Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran"
(Surah Al-Asr : ayat 3)


Read more...
0

Nilai Seorang Sahabat

Post kali ini saya tujukan khas buat semua sahabat yang amat saya kasihi. Semoga isinya bermanfaat buat semua.

Seorang sahabat tahu kelemahan kita, tapi dia sentiasa menguatkan kita.

Seorang sahabat tahu kekhuatiran kita, tapi dia sentiasa menenangkan kita.

Seorang sahabat tahu kegembiraan kita, dan dia mampu tersenyum gembira bersama.

Seorang sahabat tahu kedukaan kita, dan dia mampu mencari penawarnya.

Seorang sahabat peka dengan perasaan kita, di setiap saat dan ketika.

Seorang sahabat menerima kita seadanya di kala orang lain memandang jelek terhadap kita.

Seorang sahabat tahu menilai kita, yang mana kaca dan yang mana permata.

Seorang sahabat dapat membaca hati kita, walau ia tertutup rapat serapatnya.

Seorang sahabat mampu mendidik kita lebih baik dari guru terhebat di dunia.

Seorang sahabat mampu memberikan yang terbaik di kala kita memberikan yang terburuk.

Seorang sahabat mampu memahami kita, lebih dari seisi dunia.

Seorang sahabat mampu berkongsi tangisan kita, walau di saat dia paling bahagia.

Seorang sahabat mampu melindungi kita, walau terkorban dirinya.

Seorang sahabat adalah pembimbing, pendidik, teman, kawan, rakan, kenalan, dan bisa juga dijadikan keluarga.

Seorang sahabat tidak mengharapkan apa-apa. Memberi tanpa meminta balasannya.


Nilai seorang sahabat itu tiada terperi, melebihi perasaan pada seseorang yang berkasih. Pertalian yang tercipta ini terlalu tinggi darjatnya. Sebagaimana para sahabat dikurnia pada Rasulullah, begitulah juga sahabat pada kita. Andai hubungan antara manusia ini tidak difahami, berseoranganlah kita berkelana di bumi. Kerana di dunia, hanya yang namanya SAHABAT itulah segalanya, curahan segala keluhan, luahan pada saat kepiluan, dan pada akhir kata, janganlah disamakan SAHABAT itu pada teman, rakan, dan taulan. Definisi yang berbeza punya darjat yang berbeza juga.


Allah SWT berfirman ketika memuji NabiNya:
"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk" 
(Ad-Dhuha: 7)
Dan petunjuk itu adalah seorang SAHABAT.



Read more...
0

1st of All


Aku tak tau nk tulis ape senarnye....ni 1st time aku cr8 blog....tp takpe lah...kali ni aku nk cite pasal PERCINTAAN DALAM ISLAM

seperti yg korang tau lah, memang sdh menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sdh menjadi kebiasaan mrk apabila mrk yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yg sudah terang-terangan haram dlm Islam.

dan ni lak antara ayat2 yg slalu diorang ucapkan:



“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
Firman Allah s.w.t:


“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Al-Israa’: 32)



Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Camne kte bleh menjamin kekuatan iman kte sedangkan kte mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri ktedengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Kawan2ku, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dgn menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.Tak susah rsenye en
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik. Begitulah gak sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

(Al-Nur 24 :26)
Yup, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Meh ler kita ubah prinsip, andai sebelum ini kte jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak utk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Nk sng kita amalkan doa ajaran dri Rasulullah sendri dlm sujud kita tiap2 ari;


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa”

(Al-Furqan 25:74″)



Sebagai peringatan kite semua,
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.


Read more...
 
S Pink Premium Pointer