1st of All


Aku tak tau nk tulis ape senarnye....ni 1st time aku cr8 blog....tp takpe lah...kali ni aku nk cite pasal PERCINTAAN DALAM ISLAM

seperti yg korang tau lah, memang sdh menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sdh menjadi kebiasaan mrk apabila mrk yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yg sudah terang-terangan haram dlm Islam.

dan ni lak antara ayat2 yg slalu diorang ucapkan:



“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
Firman Allah s.w.t:


“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Al-Israa’: 32)



Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Camne kte bleh menjamin kekuatan iman kte sedangkan kte mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri ktedengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Kawan2ku, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dgn menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.Tak susah rsenye en
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik. Begitulah gak sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

(Al-Nur 24 :26)
Yup, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Meh ler kita ubah prinsip, andai sebelum ini kte jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak utk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Nk sng kita amalkan doa ajaran dri Rasulullah sendri dlm sujud kita tiap2 ari;


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa”

(Al-Furqan 25:74″)



Sebagai peringatan kite semua,
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

0 comments:

Post a Comment

 
S Pink Premium Pointer